BILA BALIK KAMPUNG

BILA BALIK KAMPUNG | Pada khamis yang lepas 17 Ogos 2017 Sha telah mengambil cuti untuk menziarahi mak ayah dan saudara mara dikampung yang tidak berapa sihat. Bila dikampung memang tak berupdate lah blog ni memandangkan internet dikampung memang siput...huuhuu..telefon pun jarang-jarang elok linenya. Kali ini Sha pulang ke kampung bersama Adik Thia sahaja memandangkan Abang Zaryth ada temujanji dengan doktor lagi.



Dalam duk tak sihat biasalah orang tua bila anak-anak ada depan mata macam lupa sakit mereka. Sha balik memang makan banyak, maklumlah ayah dah sediakan jadual makan untuk hari-hari Sha kat kampung...macam mana anak dia nak diet...tapi bukan selalu dengan mereka kan jadi Sha leyan jela.

Hari Sha sampai kampung tu sebenarnya dalam kul 7 petang gerak dari batu gajah dalam pukul 12.30 tengahari, melalui Cameron Highland agak pening juga. Sha sampai tu masak ala kadar dengan lauk yang boleh menyebabkan perut Sha menerima makanan dengan banyak...ahahahah...biasalah kan kalau dah ada budu, jering, tempoyak apa lagi nak dikatakan.

Hari Jumaat ayah dan mak dah sediakan daging perap garam untuk masak lauk makan tengahari iaitu Gulai Daging Masin Dengan Daun Kaduk iaitu lauk kegemaran Sha. Kalau dah namanya kegemaran tu memang makan menambah-nambah laa..ayah seronok laa kalau nampak Sha makan banyak apa yang dia sediakan. Sha sebenarnya tak banyak duk di dapur adik-adik Sha lagi terer masak dari kakak diaorang nehh..Lepas makan nasi kena makan durian pulak. Alhamdulillah rezeki ada pokok durian peninggalan arwah tok nenek , jadi cucu cicit dapatlah merasa kalau nak harapkan buah kat kedai memang tak makan laa..mahal sangat. Belah malam pulak adik-adik Sha ajak buat puding roti, Sha layan jelaa..adik-adik ni memang ada bakat..sedap..cantik elok je puding tuu..

Hari Sabtu ayah beli 4 ekor ikan patin buat masak tempoyak dan masak asam pedas. Ayah beli buat makan ramai-ramai dengan keluarga pak muda, ikan patin masak tempoyak juga adalah lauk kegemaran Sha tambah-tambah kalau air tangan mak,,fuhh...ditambah pulak daging goreng, memang menambah lagi la Sha jawabnya.

Ayah dan mak memang tak leh ditukar ganti walau macam mana pun..setiap kali balik kampung mesti ada je orang tanya tak nak tukar balik kerja kat kampung ke.. Biasanya jawab dalam hati je..sape la yang gila tak nak duk kat kampung sendiri..kann...tapi selalu ayah yang jawabkan, Sha ikut teraju keluarga mana teraju dia bawak dia ikut je. Ayah memang dari dulu, selalu bagi bahu bila Sha memerlukan tu pun akhir sekali Sha menangis di bahu masa dapat surat kelulusan pertukaran ke Perak. Ya, dia insan yang selalu menyokong aku. Kasih sayang ayah mak mana leh cerita dengan kata-kata pun sebab tak ada ukuran kan.

Aihh...tersedih pulak Sha waktu ni..huhu..
Oklahh...cukuplah takat ni dulu cerita.

RINDUNYA RANCANGAN GAME SHOW ZAMAN DULU

RINDUNYA RANCANGAN GAME SHOW ZAMAN DULU | Mungkin mengikut peredaran masa rancangan tv masa kini lebih banyak kepada hiburan semata-mata. Kalau lihat sekarang pelawak agak mendominasi industri seni tanah air. Pada Sha game show tempatan sekarang kebanyakkannya tidak memberi pengetahuan seperti rancangan pada zaman Sha sedang membesar dulu.
Mungkin korang juga merindui kartun-kartun dan game show yang lebih memberi ilmu pengetahuan dan boleh menerbitkan perkataan ooooo...yeekkee...baru tahuu...Antara game show yang Sha layan dulu adalah seperti Di Mana Joe Jambul yang banyak menguji pengetahuan am dan kemahiran geografi negara yang disertai oleh pelajar sekolah. Game show ini bukan sekadar hiburan, riuh rasanya bila saat menghafal kedudukan dan meletakkan tiang-tiang di peta yang disediakan.

 

Selain Di Mana Joe Jambul Sha juga meminati rancangan Roda Impian yang pernah diterajui oleh Halim Othman,Abby Abadi, Allahyarham Hani Mohsin, Eja, Kieran, Fauziah Gous. Rancangan yang menguji minda ini sangat menarik dan mendebarkan. Sebagai penonton di rumah sangat teruja berusaha bersama dengan peserta menyelesaikan perkataan disebalik kotak-kotak yang ada. Rancangan ini juga menyelitkan pengetahuan am seperti peribahasa, peristiwa dan pelbagai kategori lagi.
Ini hanyalah contoh rancangan yang melekat dihati Sha kerana rancangan tersebut amat sesuai ditonton bersama keluarga tersayang tak perlu disensor kata-kata. Suka sangat berlumba mencari jawapan dengan ayah dan mak, seronok kalau dapat jawab dulu daripada mereka. Iyalah dalam berhibur biarlah ada isi juga orang kata.

Mungkin Sha ni pemikiran cara lama sikit jadi kebanyakkan game show zaman ini Sha tak layan secara konsisten, tertonton pun belum tentu layan sampai habis berbeza game show seperti ini yang bahasanya juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur, tidak melalut dan merosakkan bahasa jiwa bangsa kita. Zaman sekarang kalau nak layan dengan anak-anak pun perlu bimbingan.

Korang apa rancangan gameshow yang korang boleh layan sampai habis?

SPAGHETI TOM AYAM AYAM

SPAGHETI TOM YAM AYAM | Sebenarnya ni hanyalah resepi campak dan belasah je, tak ada idea nak masak apa sebab malas nak masak nasi kena fikir lauknya pulak. Jadi Sha belek-belek laci jumpa spaghetti dan Sha amik keputusan untuk masak spaghetti dan terus rebus dulu spagheti yang ada sementara fikir nak masak macam mana sambil tu tangan potong apa yang patut. Selepas siap potong bahan-bahan pun belum buat keputusan nak masak macam mana dalam pada tu google laa resepi-resepi yang ada tapi banyak bahan tak cukup jadi Sha buat keputusan untuk goreng biasa je. Tapi akhirnya sambil masak sambil capai apa yang ada depan mata dan telah menghasilkan ini. Tak tahulah kot ada orang lain dah buatkan, tapi Sha tetap nak namakan Spagheti Tom Ayam Simple sebab kebiasaanya bahan-bahan ni dah ada di dapur masing-masing kan.

BAHAN-BAHAN

Spaghetiee yang direbus dengan sedikit garam
Potongan ayam
Perencah tom yam
Sos tomato
Cream cheese
Tomato dipotong dadu
Bawang putih dicincang
Garam

CARA-CARA

Tumis bawang putih dengan minyak zaitun.
Masukkan potongan ayam
Masukkan perencah tom yam,cream cheese dan perasakan. 
Kemudian masukkan spagheti kacau hingga sebati. Taburkan tomato didadu tadi. Sha suka makan spaheti masam-masam jadi sha letak sos tomato...kalau korang tak nak letak boleh je. Kacau sebati kemudian boleh hidang..suka pedas. ..leh letak cili macam Sha..hihi..

Nasiblah rasanya tak pelik dan menepati apa yang Sha suka, masam pedas lemak cheese..kat rumah ada cream cheese je..kalau ada cheese lain mungkin letak cheese lain..sedap dimakan sama ada panas-panas atau dah sejuk.

Cubalah!! jangan nanti ada yang sakit perut sudah lah yeaaa...hiihi

BERKAT BACAAN YASSIN

BERKAT BACAAN YASSIN | Alhamdulillah hari ini Sha dan rakan sekerja keluar menjalankan program keagamaan dan kerohanian bersama klien kami. Mereka juga manusia biasa yang hidup dalam masyarakat ramai telah memberi kerjasama yang baik dan berjaya memimpin dan membaca bacaan surah yassin bersama-sama. Seramai 50 orang klien telah hadir untuk menjalani program kerohanian yang melibatkan bacaan Surah Yassin bersama-sama.


Tujuan program ini adalah supaya dapat melahirkan klien yang berakhlak dan mengikut ajaran agama Islam seperti sepatutnya serta seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani. Klien akan lebih faham program ini membantu mereka mengekalkan kepulihan dalam komuniti dan berusaha mendorong mereka menyertai aktiviti keagamaan yang diadakan di kawasan tempat tinggal klien sendiri. Selain itu, mereka dapat menerapkan kembali nilai-nilai murni dan keyakinan diri dalam diri mereka dalam membantu mengekalkan kepulihan mereka dalam komuniti.

Program kali ini juga mendapat kerjasama baik daripada mereka walaupun terdapat segelintir yang tidak dapat mengikuti bacaan dengan lancar sekurang-kurangnya penyertaan mereka dapat menyentuh perasaan sebagai orang islam dan menarik mereka kembali kepada kegiatan agama dan menjadikan agama sebagai tiang untuk mereka berpegang dan berusaha merubah diri mereka ke arah yang lebih baik dan menjauhkan diri mereka daripada najis dadah.

Dalam mencemuh lebih baik kita mendoakan mereka berubah dan mendoakan ahli keluarga kita sendiri dijauhkan daripada najis dadah yang orang sedia tahu bukan senang untuk mereka tinggalkan sekelip mata.

#jauhidadah 

BEZA PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT


 


BEZA PENJARA SEUMUR HIDUP VS PENJARA SEUMUR HAYAT | Berikutan daripada beberapa kes yang terjadi di negara kita kebelakangan ini yang mencetuskan kemarahan nitizen seperti kes rogol yang dilakukan oleh keluarga terdekat mangsa rogol sendiri ramai yang masih belum jelas dengan hukuman yang dijatuhkan selepas hukuman memakan ribuan bulan disebut.

Penjara adalah hukuman biasa yang dikenakan kepada pesalah. tempoh penjara paling minima ialah  satu (1) hari. Penjara adalah suatu tempat menahan banduan yang belum atau yang telah dijatuhi hukuman penjara. Banduan yang belum dijatuhi hukuman dipanggil banduan reman yang terdiri daripada orang yang ditahan dipenjara sementara menunggu hari perbicaraan.

Hukuman Seumur Hidup adalah banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun dan bukannya hingga ke akhir hayat. Kebiasaannya ada juga pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara ini akan dibebaskan awal daripada tempoh diberikan berdasarkan kelakuan baik atau atas sebab lain.

Hukuman Seumur Hayat pula banduan yang dijatuhkan hukuman sepanjang hayat mereka pendek kata mereka tidak mempunyai tarikh bebas.

Selain Penjara, Malaysia juga mempunyai Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) untuk menahan orang tahanan dibawah Ordinan Darurat (ketenteraman awam dan mencegah jenayah) 1969 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) pula tempat menahan orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Sumber : prison.gov.my

ULANG TAHUN PERKHIDMATAN KE - 9

ULANG TAHUN PERKHIDMATAN KE - 9 | Hari ini 14 Ogos 2017 adalah ulang tahun ke-9 iaitu tempoh perkhidmatan Sha bersama agensi pekerjaan sekarang yang mana Sha telah melapor diri pada 14 Ogos 2008.

Ramai betul masa tu pengambilan untuk sesi sama dengan Sha. Tak pasti berapa ramai yang hadir lapor diri sama-sama tapi yang ditempatkan 1 pejabat dengan Sha adalah seramai 12 orang. Hadir lapor diri bersama dengan mak ayah di Jalan Pusara, Kuala Terengganu. Lapor diri dijalankan secara beramai-ramai di suatu tempat yang dijadualkan oleh pihak cawangan negeri pada masa itu.

Selepas lapor diri kami bergerak ke pejabat pertama kami di daerah masing-masing dengan menaiki van jabatan. Memandangkan kami memang kebanyakan berasal dari daerah yang sama jadi tak ada masalah komunikasi dan lancar sahaja persahabatan terjalin antara kami tambah pula kami masih bujang...hihihi...tapi tak ada yang berjodoh satu pejabat.

Alhamdulillah, awal kemasukan Sha ditempatkan dalam unit penguatkuasaan, kemudian bertukar unit pencegahan dan lagi unit pemulihan. Kerja di agensi macam ni memang dipusing je unit mengikut arahan ketua pegawai setempat. Tempat kerja sekarang adalah penempatan ketiga bagi Sha dan berada dalam unit pemulihan.

Sepanjang perkhidmatan Sha tahun lepas adalah pertama kali Sha mendapat rezeki anugerah perkhidmatan cemerlang 2016. Semoga kami terus tabah dalam menjalani ranjau dugaan dalam mejalani pekerjaan. Moga pekerjaan kami memberi manfaat kepada yang memerlukan dan diberkati Allah S.W.T.

Amin...

HARI KHAMIS HARI SIHAT

HARI KHAMIS HARI SIHAT | Kenapa hari khamis je? hari lain tak sihat ke? hari lain sihat kalau diri sendiri buat jadual..hihihi.. Maksud Sha sihat disini ialah hari melakukan senaman dan bergerak aktif lebih daripada hari-hari lain. Tempat kerja Sha telah memilih hari khamis sebagai hari sukan dan riadah jadi kami akan berpakaian sukan untuk melakukan aktiviti seperti senaman, sukan atau gotong - royong.

Hari ini Khamis 10 Ogos 2017 kami telah memilih untuk melakukan senaman pagi di Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak. Bergerak dari pejabat pada jam 8.30 pagi dalam pukul 9.00 pagi kami mula buat regangan. Kali ini adalah kali pertama diketuai oleh pegawai baru yang merupakan bekas tentera laut dan pegawai kastam jadi sedikit disiplin laa..hihihi berbanding kalau buat sendiri-sendiri kan..


 

Bukan senang dapat keluar daripada pejabat untuk melakukan aktiviti macam ni biasanya gotong royong di pejabat sahaja atau main badminton kebiasaanya. Ini kali pertama dapat ke Tasik UTP beramai-ramai macam ni tu pun tak semua join kami disebabkan pelbagai komitmen tugas di pejabat. Macam ni memang biasanya on je kalau ada aktiviti macam ni sebab suka dan minat lagi pula kerja penting kat pejabat selesai dulu kan jadi bolehlah beriadah mengeluarkan peluh selain mengeratkan silaturrahim antara kami.

Kiranya tak sia-sia lah kan pengarah bagi peluang macam ni kecuali bila ada kerja rasmi perlulah berpakaian batik seperti biasa. Ada ruang dan peluang kita rebutlah yeaaa...bukan selalu sebenarnya dapat macam ni biasanya Sha perlu set masa awal datang ke pejabat untuk jogging 2 pusingan di Tasik UTP ini sebelum waktu bekerja.

Oklah, harapnya hidup sihat dapat diteruskan. Tambah pula trainer ni siap nyanyi sambil bersenam..😆 Sha ni manalah pandai nyanyi..lirik pun tak ingat sangat walaupun lagu tu hari-hari dengar....kih4

SEO DARI 46 PERATUS KE 100 PERATUS

SEO DARI 46 PERATUS KE 100 PERATUS | Petang semalam sambil sembang dalam group #afbdotmy baru Sha sedar dah lama tak periksa SEO blog ni...dulu pernah 46 % juga tetapi tiada jalan keluar akhirnya Sha meminta pertolongan daripada blogger shedaucudotcom untuk menyelesaikan masalah Sha pada masa itu dan berhasil dalam masa yang singkat sahaja. Memang terus meningkat ke 100% selepas diperiksa melalui laman web chkme.com/  tapi ni cerita beberapa bulan dulu laa.

Hari ini cuba juga usaha cari penyelesaian kerana Sha dapati SEO Sha telah berubah kembali menjadi 46 %. Mungkin disebabkan beberapa perubahan yang Sha lakukan pada blog Sha kebelakangan ini. Alhamdulillah, seperti mana masalah adsense Sha diselesaikan begitu jugalah dengan masalah SEO kali ini. Jika adsense sebelum ini Sha mesej terus ke Abe We iaitu pemilik blog WayneHarraz  untuk penyelesaian yang juga orang yang mendorong Sha menyertai komuniti blogger #afbdotmy yang dinaungi oleh Mommy Irra kini blog Abe We sendiri telah menjadi rujukan Sha untuk menyelesaikan masalah SEO Sha daripada 46% kepada 100% kembali.

Masalah blog Sha adalah bahagian <head> rupanya. Jadi Sha ingin berkongsi juga sedikit pengalaman tutorial SEO dengan  menyelesaikan masalah peratusan SEO rendah  :

1. Pada dashboard blogspot kita pilih theme dan klik Edit HTML.

 

 2. Kemudian copy coding dibawah :



[
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/><meta content='blogger' name='generator'/><title><data:blog.pageName/> ~ <data:blog.title/></title><link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;favicon.ico&quot;' rel='icon' type='image/x-icon'/><link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/><link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;feeds/posts/default&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - Atom&quot;' rel='alternate' type='application/atom+xml'/><link expr:href='data:blog.homepageUrl + &quot;feeds/posts/default?alt=rss&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - RSS&quot;' rel='alternate' type='application/rss+xml'/><link expr:href='&quot;http://www.blogger.com/feeds/&quot; + data:blog.blogId + &quot;/posts/default&quot;' expr:title='data:blog.title + &quot; - Atom&quot;' rel='alternate' type='application/atom+xml'/></b:if><link href='http://www.blogger.com/openid-server.g' rel='openid.server'/><link expr:href='data:blog.homepageUrl' rel='openid.delegate'/><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;archive&quot;'><meta content='noindex' name='robots'/></b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;index&quot;'><title> <data:blog.title/>Nama Blog Anda</title><meta content='Deskripsi Blog Anda' name='description'/><meta content='keyword1,keyword2' name='keywords'/><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><title><data:blog.pageName/> ~ <data:blog.title/></title></b:if></b:if><b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'><meta content='Deskrisi Blog Anda' name='description'/><meta content='keyword1,keyword2' name='keywords'/><meta content='Kode Verifikasi Alexa' name='alexaVerifyID'/><meta content='Kode Verifikasi Google' name='google-site-verification'/><meta content='Kode Verifikasi Bing' name='msvalidate.01'/><meta content='https://plus.google.com/+shalimaryusof' name='author'/></b:if>
]


 3. Search <head> kemudian paste coding di atas bahagian bawah <head>. Korang perlu tukar perkataan berwarna merah kepada korang punya yang berkaitan lah.




 4. Selepas menukar perkataan berwarna merah tu korang save. Kemudian semak balik di chkme.com apa perubahan yang berlaku pada peratusan tadi.

Ok..Sha dah kembali ke 100%...Alhamdulillah...Terima kasih lagi kepada Abe We.

BLENDER BUAH SIMPLE

BLENDER BUAH | Hasil menang Ramadhan raya blogger contest baru ni Sha tak tahu nak beli apa sebenarnya. Di rumah dah ada blender buah tapi nak yang lebih ringkas dan sesuai untuk buah-buahan lembut seperti buah tembikai yang mana Sha nak sepenuhnya isi tembikai bukan setakat air tapi seratnya sekali. Oleh yang demikian Sha telah memilih Shake N Take Blender 2 bottle sebagai salah satu pilihan kali ini.


Shake N Take Blender ini didatangkan dengan 2 botol berpengisar. Sha punya yang warna putih tuu manakala yang hijau untuk letak mak ayah kat kampung. Botol ini direka bentuk dengan bilah pengisar yang mudah menyediakan smoothies kegemaran anda sebaik sahaja ia selesai anda boleh menghirupnya secara terus daripada muncung botol yang sudah tersedia. Oleh itu anda boleh menjimatkan masa untuk terus bergerak ke destinasi selepas menyediakan smoothies buah anda.

Amat memudahkan. Jika korang sedang mengamalkan diet sihat ianya amat sesuai untuk dimiliki kerana ianya cepat dan mudah diguna pakai. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah memasukkan buah yang diingini seperti tembikai yang sudah dipotong kemudian terus kisar. Apabila siap mengisar buah-buah dan bahan lain yang telah dikisar tadi anda boleh mengalihkannya ke bekas air lain atau jika sudah mencukupi satu botol itu korang boleh terus minum dari botol berkenaan. Botolnya juga mudah dicuci dan disimpan.

Untuk mengisar anda perlu pastikan kaki botol diletakkan betul pada tempatnya ini kerana ianya perlu terkena pada punat keselamatan yang ada pada bahagian sambungan motor dan botol. Sha perlu pegang kemas pada tapak botol untuk pengisar berfungsi. Jadi korang tak perlu risau bila korang pertama kali menggunakan blender ini korang dapati ianya tak berfungsi sebenarnya perlu usaha sikit.

Sha dah cuba kisar tembikai kat rumah memang menyenangkan dan amat disukai anak-anak. Adik Fathia kalau dapat buah tembikai memang akan basah lenjun la bajunya, kadang bersepah dilantai, dengan adanya blender ini Adik fathia dapat menikmati air buah segar terus dari botol tanpa menyepahkan lantai sekali gus membantu Sha menjimatkan tenaga untuk membersihkan lantai. Pendek kata memang berbaloi Sha memilih produk ini kali ini.


Tak caya tengok ni haa..



Terima Kasih Lazada.

SEMAKAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH 2018

SEMAKAN KEMASUKAN PRA SEKOLAH 2018 | Mulai 5 ogos 2017 hingga 20 Ogos 2017 ibu bapa boleh menyemak keputusan permohonan kemasukan ke Pra Sekolah bagi sesi 2018. Semalam suami Sha menyemak keputusan berkenaan tetapi telah mendapati tiada rekod permohonan.

Jadi pada pagi ini Sha dan suami ke sekolah yang kami mohon untuk mendapatkan pengesahan pendaftaran memandangkan kami memang terlewat mengisi secara online dan telah mengisi borang permohonan secara manual. Kalau tak ada mungkin ada rayuan atau terpaksa mendaftar balik ke tadika yang sedia ada.

https://eprasekolah.moe.gov.my/



Alhamdulillah, selepas menyemak senarai nama yang ada pada guru pra sekolah yang berkenaan nama Abang Zaryth telah disenaraikan dan telah ditetapkan kelas untuknya untuk sesi pra sekolah tahun depan. Kiranya memang rezeki Abang Zaryth lah untuk masuk pra sekolah tahun depan.

Persekitaran sekolah terbabit mungkin lebih selesa untuk Abang Zaryth kerana ianya ada 1 blok bangunan sendiri dan suasana baru untuk Abang Zaryth kat sini juga membantu dia menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah rendah tahun 2019 nanti. InsyaAllah..

Sekejapnya masa berlalu...anak dah mula bersekolah ni..banyaklah perkembangan lain nanti akan berubahkan. Semoga anak-anak membesar dengan baik dan dijauhkan dengan anasir-anasir tidak sihat.

Aminn


SAYUR TUMIS TAUGEH SIMPLE

SAYUR TUMIS TAUGEH SIMPLE | Sebenarnya jarang Sha beli taugeh ni melainkan buat laksa dan makan colek ayam tapi semalam memang tak ada idea nak masak sayur apa cuma ada sawi dan taugeh dalam peti sejuk yang dibeli sebelum Abang Zaryth masuk wad balik. Masih elok jadi sebelum taugeh tu rosak baik Sha masak terus, tangguh lagi memang buang saja laa.

Kebiasaanya banyak resepi sayur tumis taugeh simple ni ramai yang letak  daun kuchai tapi memandangkan Sha tak ada stok daun kuchai Sha gantikan dengan sayur sawi, pun kira jadilah kan. Bawang merah tu Sha letak lebih sebab Sha memang suka makan bawang merah. Selain sayur ini kita boleh letak lobak merah, tu pun tak ada dalam peti ais..hihiihi..tak sempat nak kedai lagi sejak hari minggu banyak urusan di hospital je.



Siap goreng ikan selar 2 ekor, nasi 2 cawan beras sambal cili hijau kita mula masak sayur tu sebab bahan-bahan dah siap potong. Semua bahan ni apa yang ada dalam peti ais masa tu sahaja.

BAHAN-BAHAN

Taugeh
Sawi
Cili merah
Fish cake
Bawang merah
Bawang Putih
Sos Tiram
Garam
Gula (kalau nak letak laaa)

CARA-CARA

Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih kemudian letakkan fish cake yang dah dihiris. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Akhir sekali letakkan sawi, taugeh dan cili merah selepas itu baru perasakan dengan garam dan gula. Sha masak memang ada letak gula sikit, biasalah orang pantai timur ni masak manis ..orang kata laaa..hihihi...Malam tu Sha makan berpada je memandangkan waktu makan Sha sudah tak tentu masa semenjak dua menjak ni..masuk kerja semalam pun makan benda-benda pedas, masam dan berkrim sahaja hingga pagi ni perut tak selesa, kesian betul perut nii terpaksa terima apa yang tuan dia makan.

Harap lepas ni boleh laa masak-masak rehat kat rumah. Lepas raya ni rasanya Sha belum dapat berehat sepenuhnya dengan bermacam urusan. Ini belum lagi tahu nak balik kampung bila, alahaaii....macam-macam dalam kepala otak ni..eehh..melalut pulak Sha ni..

Ok Bai,,,😘

KHASIAT BUAH TEMBIKAI

KHASIAT BUAH TEMBIKAI | Sedap betul kalau dapat makan tembikai dikala hari panas tak kiralah tembikai potong atau jus tembikai. Fuhh...sejuk tekak. tembikai adalah salah satu buah kegemaran Sha dan buah kegemaran ramai sebab tak susah nak potong juga dihidangkan sebab itu tembikai adalah pilihan di majlis-majlis atau kenduri berbanding buah lain. Nama saintifiknya Citrullus Lutanus ini adalah buah yang tinggi Vitamin C dan Vitamin A.


 

1. BAIK UNTUK KULIT DAN RAMBUT
Kandungan vitamin yang terdapat di dalam buah tembikai ini adalah amat penting untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin C membantu tubuh kita  menghasilkan kolagen yang mebantu kulit anjal dan rambut jadi kuat. Vitamin A pula membantu mencipta dan memperbaiki sel-sel kulit juga mempunyai kandungan yang mampu melindungi kulit daripada pancaran matahari. Kurangkan kedut dimuka...jom awet muda..

2. MEMBANTU PENCERNAAN
Seperti yang kita tahu tembikai mengandungi banyak air dan serat serat yang penting dalam sistem pencernaan.

3. MENYIHATKAN JANTUNG
Beberapa zat dalam tembukai memiliki kebaikan untuk kesihatan jantung yang mana membantu merendahkan kolestrol dan tekanan darah.

4. MEMBANTU TUBUH HIDRAT
Selain meminum air, makan makanan yang tinggi kandungan air juga membantu seperti buah tembikai sendiri yang mengandungi 92 % air. Kandungan air yang tinggi di dalam buah-buahan dan sayuran membantu anda rasa lebih kenyang. Gabungan air dan serat  adalah baik dan tanpa kalori.

5. KAYA NUTRISI BAIK
Kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, Kalium, magnesium, Vitamin B1, Vitamin B5 dan B6 selain itu kandungan Asid Amino juga amat baik untuk kesihatan.

6. MERENDAHKAN KERADANGAN DAN TEKANAN OKSIDATIF
Tembikai dikatakan dapat mebantu merendahkan kerosakan oksidatif dan keradangan kerana ia kaya dengan likopen sejenis antioksidan keradangan dan vitamin.

7. MENCEGAH KEROSAKAN MAKULAR
Likopen dalam tembikai juga dikatakan mampu membantu pencegahan kerosakan mata yang mana boleh menyebabkan buta.

8. MELEGAKAN RASA LENGUH DAN SAKIT PADA OTOT
Cirulline iaitu sejenis asid amino dalam tembikai mampu mengurangkan rasa lenguh dan sakit pada otot.

9. MEMBANTU MENCEGAH KANSER
Tembikai mengandungi likopen yang tinggi. kajian menunjukan likopen membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat, kanser payudara, kanser endometrium, kanser paru-paru dan kanser kolon.

10.MENCUCI BUAH PINGGANG
Pembuangan air kencing yang lancar bukan hanya baik untuk pundi kencing ia juga membuat buang pinggang anda lebih sihat. Perasan tak kalau makan tembikai lebih, kencing pun lebih..huhuh

11. UBAT SAKIT TEKAK DAN RADANG GUSI
Petua baru yang Sha tahu nii.Makan tembikai yang dipotong kecil bersama sedikit garam pada waktu malam. InsyaAllah tekak anda akan rasa lebih baik keesokkannya.

Apalagi...jom amalkan pemakanan sihat bersama biah tembikai. Tambah pula tembikai ni senang nak dapat berbanding buah lain. Rezeki Sha memang tak jauh daripada pejabat ni ada gerai buah-buahan, senanglah nak beli. Sebiji tu dapat la makan untuk 2-3 hari.

BINA HUBUNGAN MESRA DENGAN ANAK

BINA HUBUNGAN MESRA DENGAN ANAK | Terlalu kurang ilmu keibubapaan dalam diri ini. InsyaAllah dengan membaca semoga diri ini sentiasa beringat untuk mebaiki diri dari masa semasa. Harapan dengan bacaan ini dapatlah kita mempraktiskan diluar. Mungkin tanpa sedar kita mengabaikan anak-anak dalam kehidupan seharian terutama bagi ibu bapa yang bekerja yang pulang ke rumah tetapi masih terlalu melayan orang luar berbanding melayan anak-anak dirumah.


Bagaimana membina hubungan yang mesra dan menyokong dengan anak-anak? Kita boleh mengamalkan perkara-perkara berikut ;

  • Menemani anak bersembang atau berborak mengenai minat yang sama. Luangkan masa mempelajari minat atau hobi anak-anak untuk membina ikatan dengan mereka.
[ Ermm..Sha jarang menyembang dengan anak, tapi sebenarnya seronok bersembang dengan mereka ni nak dengan tak nak layan jeeee....]

  • Libatkan diri bersama anak dalam aktiviti-aktiviti riadah seperti bermain, sukan atau kegiatan hidup sihat.
[ Tempat paling Sha seronok dengan anak-anak adalah padang, jangan lupa bawak bola atau apa alat yang boleh dilayan bersama anak-anak ]

  • Kawal emosi dan kemarahan anda apabila berkomunikasi atau berinteraksi dengan anak-anak. Amalkan komunikasi secara tennag, jangan defensif, beri pujian dan tindakbalas positif.
[ Sha kena kontrol marah dan emosi tak menentu ni lebih lagi..😓]

  • Hadapi cabaran atau masalah bersama. Contohnya, jika anak anda menghadapi masalah dengan rakan sebaya dan merasa bersalah, bincang dengan mereka secara terbuka, fahami perasaan mereka dan cari jalan penyelesaian bersama.

  • Berusaha untuk berkomunikasi secara jujur dan jelas kepada anak-anak.

  • Beri galakan dan semangat kepada penglibatan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti penting mereka. Pastikan anda hadir sekurang-kurangnya sebahagian daripada aktiviti mereka bagi menunjukkan mereka penting kepada anda. Jika tidak dapat turut hadir, jangan lupa bertanya mereka apa yang berlaku sepanjang hari mereka.

  • Beri sedikit ruang kebebasan bersesuaian dan perlu kepada anak anda. Jangan terlalu mengongkong kehidupan anak. Bincang secara terbuka apa keinginan mereka, apa yang anda harapkan daripada mereka.

Tetapi ingat..hubungan yang mesra dan menyokong tidak bermakna anda perlu terlalu lembut atau toleransi. Ini kerana ibubapa yang terlalu lembut boleh meletakkan anak-anak mereka dalam risiko tinggi tidak dapat dikawal.


“ Strategi keibubapaan yang berkesan ialah menjadi ibubapa yang mesra dan menyokong, tetapi dalam masa sama menetapkan had dan sempadan supaya anak-anak belajar bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya ”


Sekian perkongsian pada petang ini.
Semoga Sha tak lupa tentang ini...love my anak-anak.

Sumber : Buku Pendidikan Pencegahan Dadah, AADK Malaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...